Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

30 November 2009

My Cutie Lovely Princess..


hehhee.. jeng jeng jeng.... Qaira Tsamaratulqolbi..Latest picture.. ada comel??? ihiksss..

15 November 2009

Berkhemah di PD..


minggu lepas 7 November.. tak der aktiviti nak buat.. so sabtu tu. lepas ayah balik keje.. eh.. lupa ayah tak gi keje.. mula mula iyer iyer oo.. nak gi keje.. tapi tak jadi.. dalam kul 3 lebih.. packing packing.. terus gi PD.. dalam perjalanan.. hujan.. woooo.adoii.. kalau hujan cam mana nak khemahkan.. nasib baik sampai PD hujan pun berenti.. so ayah cari cari lah kawasan leh khemah.. so akhirnya terus packing khemah kat batu 8 PD. tgk. ramai jek orang kHemah.. parking jek la.. sampai sana dah senja gak la.. pasang khemah.. semua.. tup tup.. Qaira kata.. nak MAndii.. nak mandi.. tapi waktu tu dah kul 6.00. Ayah kata.. tak pe. mandikan.. dalam 6.30kang.. kena naik.. hehhee.. so..apa lagi.. ngangak.. (nangis la Qaira.. sebab dapat kejap jek mandi.. ) huuh.. pas tu pujuk pujuk.. senyap la.. pastu malam nya kita wat BBQ ayam, ikan, udang dan sotong.. wakkaka banyak jek. yang makan ibu dan ayah jek.. ahak.. malam wat unggun api.. sorry la tak dapat tangkap gambar malam.. sebab kamera lama dah rosak.. pakai la kamera yang murahan ni.. so sebab tu la tak dapat gambo malam...so.. malam tu sib baik tak hujan.. huhhu Qaira pun nasib baik tak merengek.. Alhamdulillah.. tapi panas la malam tu.. ibu dalam kul 4 baru leh tido.. so malam tu banyak la adengan yang ibu dapat tgk.. antaranya.. Maknyah.. yang di layan oleh orang bujang bujang sebelah khemah ibu.. ahakss..adeh.. seriau jek tgk. almaklumlah.. tak biasa ibu tgk.. hehhe..

sok pagi nyer pas sarapan.. goreng nugget n nasi goreng.. ngan lepak lepak.. datang la orang Majlis perbandaran seremban.. ciss... suh runtuh khemah.. sebeb sebenarnya tak leh berkhemah kat situ.. ibu dan ayah mana nak tahu.. hahaha. masa ayah runtuh khemah.. ibu sembang la ngan diorang.. tanya kenapa.. diorang kata.. diorang pun di arahkan cam tu.. sebab tanah tu dah jadi tanah private.. diorang pun pelik.. tapi sebab menjalankan tugas.. diorang kena gak suruh ibu runtuh.. heheh.. apa susah.. runtuh kan jek la kan.. anyway.. tq la kat diorang.. sebab bagi penjelasan ngan berhemah..s ebab ibu pun tanya ngan berhemah.. hehehe.. ok la.. meh la tgk gambar.. tak banyak di upload.. sikit jek..

hehhe.. ini lah Khemah kami.. siap bawak dapur tu..


si kenit duk mandi

huhuh.. main pasir bersama ombak

Lukisan AnakkU. Qaira..


Meh la kita hayati drawing  yang dilukis oleh si Qaira yg dh berumur 22 bulan.. lawak pun ada.. member ibu kata.. yang atas sekali, Qaira lukis gamba ayah.. yang tengah.. gambar Qaira.. dan yang bawah sekali.. gambar ibu.. huhuh.. betui ke?ahakss.. belasah jek labu...

30 October 2009

BACALAH...

== HARUS & WAJIB KORG BACA.. nescaya sifat ke ibu atau kebapaan anda akan tersentuh olehnya ==

** info dari email seorg sahabat.. but SILA BACA SEMUA nye ocey kawan2
(KREDIT UTK BLOG http://fazilzura.blogspot.com krn sudi berkongsi kisah ini)

Assalamualaikum wbt,
Terlebih dulu aku menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kerana tidak dapat membalas semua komen2 yg telah diberi. Aku tak mampu buat masa ini, jiwaku meledak, gempar bagai dilanda sejuta musibah!


Alangkah hinanya diriku ini,
oh Tuhan.... masihkah ada kemaafan utkku yg begitu kejam ini?...
Aku terpaksa memulakan bencana jiwaku ini sedari mula biarpun panjangnya berjela2, aku tak mengharapkan simpati sesiapa, aku rasa tak ada satu huruf lagi dalam dunia ini yg dpt menyejukkan duka dan laraku....biarkan aku terhukum di atas sikapku sendiri ya Allah...aku redha...aku sanggup terima apa yg selayaknya aku terima...


Tiga tahun dahulu....
Fikiranku berkecamuk bila anak sulungku bertanya
'mama nak anak angkat tak? '

Hatiku secepat itu berburuk sangka, apa hal anak bujangku bertanya ttg anak angkat? anak siapa pula? aku secara serius duduk berdepan dan bertanya khusus2 dgn anak bujangku, dlm hati aku mmg tak sanggup seandainya ada berita buruk yg berlaku dlm kehidupan kami...
Tuhan...Kau lindungilah
...Anakku mintak aku bertenang, tarik nafas dalam2 dan beristighfar..

'Mama kenal A tak? Anak Datuk Dr xxx, CEO xxx tu' .........aku menjwp : 'Naper dgn dia? 'Dia dah terlanjur dgn girlfriend dia, so skrg dah pregnant, dia nak buang baby tu, tp abang kata jgn tambah dosa yg ada, tu yg abg tanya kalau mama sanggup jaga...' anakku bagai mengharap ikhsan dariku dgn wajah yg begitu polos. 'Naper plak mama? Suruhlah si A tu bertanggungjawab, biar mama slow talk ngan mak dia.' aku cuba memberi pandangan, lagipun siA tu masih punya mak bapak lagi dan bukan org sebarangan pula, masa kan... 'Tak guna ma...mak dia tak nak dan tak akan terima, budak pompuan tu dari anak yg tak tentu latar belakangnya' ......'Anak siapa dia?' ......'Entahlah ma...kalau mama jumpa dia nanti mama tanyalah sendiri, abg pun celaru tengok dia..'

....
cerita itu bagai terhenti setakat itu saja. Aku spt biasa dgn kesibukanku yg tersendiri dan akhirnya terus terlupa ttg budak perempuan itu. Anakku pun tak pernah bercerita lagi...hinggalah pada beberapa hari selepas Hari Raya...
'Mama ingat lagi tak pasal si E (A punya girlfriend)?' ......'Naper dia?' .....'Dia dah bersalin, anak pompuan, mak nak jumpa tak?' ........'kat mana?' .....'kat apartment A, kat CJ...nanti abg mintak izin nak jumpa, pasal bukan senang nak masuk situ ma...' ..,'Dia dah nikah lom?'.....
'Lom..A janji nak nikah tak lama lagi...'

Aku geleng2 kepala...dlm hati ku ..'mcm mana tak nikah dah tinggal serumah?Mak dia taktau ker?' Si A ni rupanya punya spy yg akan memberitahu tiapkali Mak D ni nak dtg ke apartment mewahnya itu... Salah dan tak betul semuanya ni bang, abg pun subahat sama taw. Anakku kata kalau tak tinggal di situ, mana lagi E akan tinggal? Aku masih tak boleh teirma alasan2 itu tapi di perumahan elit spt tu bukan mudah utk pegawai pencegah maksiat menerobos jaga2 import tu (
area cheras..Venice hill aprt)...aku mmg kesal tp apa yg mampu aku lakukan, hanya ikan bilis....jaga2 itu akan hubungi dulu tuan rumah dan sudah pasti segala2nya sukar utk dibuktikn...

Pada hari menghantar anakku pulang ke kolej, aku dan BT serta Dikpi dan sibongsu dibawa
melawat E dan anaknya yg baru beberapa hari dilahirkan. E bagai takut2 pertama kali melihatku namun aku melihatnya dari sudut yg baik. Bagiku kalaulah E tu dari kalangan yg baik latar belakangnya, dpt didikan yg sempurna, mmg secara logicnya aku ada perasaan marah terhadapnya, tp berdasarkan serba sikit kisahnya yg aku tahu dr anakku....... siapalah aku utk menjatuhkan hukuman. Sebenarnya kalau sesuatu itu nak berlaku, ia ttp akan berlaku tak kira pada siapa dan apa latar belakangnya. Ya, mungkin telah jelas akan kesilapan individu itu sendiri tapi jgn kita lupa bahawa apa pun yg berlaku samada buruk atau baik segala2nya telah tercatat di Loh mahfudz dan sesungguhnya Allah itu menyukai hamba2Nya yg mahu bertaubat kerana Allah Maha Penerima Taubat, subhanallah. Jadi siapakah kita utk menghina, mencela atau sesedapnya mengkategorikan seseorang yg sama asal kejadiannya dgn kita sedangkan kita tak pernah dpt membaca untung nasib kit sendiri di masa depan? Duit yg di dlm gengggaman kita pada hari ini, belum tentu milik kita di hari esok. Nasi yg terhidang di depan mata belum tentu akan masuk ke perut kita kalau kita mahu berfikir ttg ada yg masih kelaparan di luar sana!

Kembali kpd kisah E, pertama kali bertemunya mmg hatiku tersentuh. Aku tersentuh sebab dlm keadaan dirinya yg begitu,dia masih punya naluri keibuan bila anak kecil itu disusui sendiri. Dan demi Allah, pada pertama kali aku mengangkat bayi itu, dia membuka matanya dantersenyum lebar paling manis sekali hingga BT pun rasa terpikat sama, mmg hati kami terusik dgn gelagat si kecil tak berdosa itu, bukan sekali itu dia tersenyum bahkan Allah jua yg menjadi saksi bagaimana seorg bayi yg baru beberapa hari dilahirkan 'mengagah' aku! Kami seolah berbalas2 sahut menyahut, mmg terhibur aku dan BT, Dikpi dan si bongsu sama! Rasa bagai ada satu keajaiban! Ikutkan hati nak saja aku bawa baby tu pulang kerana aku pun tak punya anak perempuan, Sibongsu kelihatannya begitu menyayanginya sekali tp ternyata E lebih sayangkan baby itu wlp masa depannya bersama A tak ketentuan lagi. E bersendirian waktu aku ke sana...

Bila habis pantang, E mengunjungiku dgn baby, ntah ya ntah tak,
E mengakui tak pernah merasa suasana hari raya dan menikmati makanan hari raya seumur hidupnya lantaran hidupnya yg tidak menentu, ibarat anak gelandangan. Kononnya kedua ibu bapanya berpisah sejak dia masih baby lagi dan dia tak pernah sekalipun melihat wajah ibunya melainkan pada sekeping gambar. ayahnya pula tak payahlah aku cerita kan di sini.

Berdasarkan ceritanya itulah
aku masak semula makanan hari raya. Aku buatkan ketupat daun palas, ketupat nasi daun kelapa, rendang dan lauk pauknya juga nasi beriyani, aku mahu E nikmati semua makanan itu sepuas2nya sementara baby yg sgt mesra dgnku itu aku jaga. Ternyata E bagi tergamam melihat hidangan yg ku sediakan, katanya ; macam dalam syurga...

Di pendekkan cerita,
E inginkan aku menjadi ibu angkatnya,E teringin memanggil seseorang dgnpanggilan mama, aku terima saja dgn hati yg terbuka! aku sebenarnya tidak keberatan sama sekali tapi....taktau kenapa jauh jauuuuh di sudut hatiku bagai tak dpt merasakan atau menikmati hubungan itu biar puas ku pujuk2 hatiku sendiri. Aku kira ini bagai tak pernah terjadi dlm diriku, sebelum ini boleh dikatakan semua teman2 anakku memanggil aku mama termasuk beberapa dramatis dan pelakon yg senang kerumahku, aku dpt rasakan kemanisan itu tp kenapa tidak dgn E? Ah, mungkin perlu mengambil sedikit masa!

Di pendekkan cerita juga, kiranya
rumahku menjadi rumah kedua utk baby E, aku dan anak2 terutamanya BT suka melayan baby yg kami panggil sebagai Aa. Manjanya Aa, hanya akan lena bila dlm pelukan BT! barulah kami pindahkan ketilam atau buaian. Istimewanya Aa ni, dia seorang anak yg baik, pemalu, pandai membawa diri, anak2ku melihat Aa bagai memandang ikan2 di dlm aquarium, tak berkelip2, mereka mmg menunggu masa saja bila Aa nak susu kerana masing2 berebut nak buatkan susu dan nak suapkan kemulut Aa yg ternyata manja dgn kesemua anak2ku...aku mmg beri kesempatan mereka bergilir2, aku ajarkan cara membancuh susu yg betul agar mereka dpt menikmati seronoknya menjaga adik.

Masa terus dtg dan pergi, kdg2 Aa dihantar kpdku dgn keadaan yg basah lencun tanpa diapers, bibir kering tanpa susu, aku tak pernah berkira dlm hal ini bahkan boleh dikatakan E perlu bgtau saja apa kekurangannya, aku akan cuba mencukupinya terutama hal2 kebajikan Aa. Dlm masa yg sama aku cuba membantu takat yg ampu utk memprcepatkan pernikahan mereka namun ternyata A bukanlah jantan yg bertanggungjawab, janji demi janji ditabur, namun semuanya hanya mainan belaka, akhirnya hubungan mereka terputus! Banyak lagi kisah E dan babynya yg mengesankan jiwaku yg tersimpan dilubuk hatiku ini...

Kali terakhir aku bertemu dgn E pada hari raya tahun lepas, sebelum tu masa bulan puasa aku hubungi E utk bertemu dgnnya dan Aa kerana aku akan bawanya shopping pakaian raya, sebelum itu aku ada belikan Aa pakaian tp utk raya aku inginkan sesuatu yg baru utknya, agar dia gembira,
aku dan BT dah cop mana2 shopping komplex yg punya byk gown cantik2 utk anak pompuan secomel Aa, kasut yg cantik2 sbb Aa dah pandai jalan terkedek2, dan juga pakaian siap utk E! Sungguh, Alhamdulillah aku diberi keizinan Allah dgn sedikit kelebihan rezeki utkku kongsikan bersama2.

Pagi itu,
sebelum pintu kedai dibuka, aku, BT, anak kelima dan yg bongsu dah terpacak didepan One Utama menanti E, hampir sejam menunggu aku hubungi E, dah mcm2 alasan plak yg diberi, aku boleh bersabar dgn sanggup menjemputnya di rumahnya,(waktu tu dia tinggal di Damansara, itu yg aku nak shopping di one utama) tp berkali2 aku hubungi utk bertanyakan alamat dan arah jalan, talian terus terputus, cuba lagi dapat2 putus, apa yg aku rasakn E bagai tak menghargai kasih sayangku selama ini, akhirnya...wlp di pagi Ramadhan aku benar2 marah sebaik dpt brcakap dgnnya! Aku katakan bahawa kami saja2 meluangkan masa demi dirinya dan Aa, tp sekali ini dia perlakukan aku begini, aku mintak maaf terpaksa batalkan janji dan harap dia tidak menyesal. Aku menangis bila terkenangkan Aa dan gown2 yg telahku idamkan utknya!

Sebenarnya aku berhasrat utk membawanya pulang dan meraikan aidilfitri bersama, segala keperluan utknya dan Aa akan aku sediakan.
Aku mahu membahagiakan Aa di malam raya, di pagi raya dan di sepanjang hayatnya...tp sikap E ternyata mengecewakanku. Begitupun, akhirnya hatiku tidak kesampaian, tanpa mereka, kami belikan juga pakaian raya mereka dgn mengagak2 saiznya. Semuanya dpt jugak ku serahkan bila E mahu kembali kpdku, waktu itu aku lihat E bagai terdesak, celaru tp aku tak dpt jumpa Aa, katanya Aa dijaga oleh bapanya yg sudah berkawin lain. Sejak itu E kembali berhubung dgnku semula dan dia akan dtg kerumahku utk mengambil makanan. Kerinduanku terhadap Aa tak dpt dinafikan lagi, aku rindukan Aa! aku harapkan segera berjumpa dgnnya.

Suatu ketika ( hujung tahun lepas) E menyatakan utk tinggal bersamaku selama 10hari - 2 minggu bersama Aa sekali. Aku tak tahu ya Tuhan, ntah kenapa waktu itu
aku lihat E bukan spt yg ku kenal sebelumnya dan aku menolak keinginannya! Aku tiba2 merasakn kehadirannya akan membuat ahli keluargaku tidak selesa, maklum saja semua anak2ku lelaki dan cara E berpakaian mmg agak....aku menolaknya dgn cara baik ( anehnya sebelum ini aku tidak pulak berperasaan sebegitu) dan malam itu aku menanamkan lagi serba sedikit pengetahuan agama kpdnya spt waktu2 sebelumnya juga, E mmg ingin merubah cara hidupnya sptmana yg ku nasihatkan dan peringatkan. Itu saja yg mampu ku lakukan. Aku tak boleh memaksanya utk mendirikan solat tanpa dia faham apa itu solat dan mengapa kita wajib bersolat.

Aku cuba mendidiknya sedikit demi sedikit. Kali pertama dia menyaksikan kami solat berjemaah, mmg hairan di hatinya dan bila anak2ku berebut bersalam2an, E menjerit : Hey! ingat ini hari raya ker nak bersalam2!! Aku jelaskan kpd E bahawa bersalam2an itu bukan semestinya pada hari raya saja! Kiranya mcm2 jugaklah yg aku cuba terapkan kefahaman utk anak yg malang itu...kesian E. Dia tak pernah merasa nikmatnya hidup berkeluarga dgn kasih sayang sebenar seorang ayah dan ibu. Kali terakhir sebelum E terpisah dariku ( tnpa sempatku jumpa Aa), E menyatakan yg dia telah mendapat kerja yg lebih baik dan minta aku belikan utknya al Quran, telekung dan sejadah. Aku penuhi keinginannya dgn harapan semoga dia benar2 berubah. Aku hantarnya pulang hingga ke stesen LRT, itulah kali terakhir aku bertemu dgn E..

Semalam aku
menatap berita diinternet dan terpandangkan wajah seorg kanak2 perempuan ygmati didera, dirogol dan diliwat. Hatiku bagai terjatuh ke dalam rahimku sendiri tp sebaik membaca kejadian itu di kajang, aku ketepikan perasaan resahku. Hari ini sewaktu aku sedang sibuk2 menyiapkan tempahan minum ptg, sanwich telur dan sardin, aku mendapat panggilan telefon, suara R ( pengasuh yg mengasuh Aa bergilir2 dgnku sebelum ini). ' Kak, akak baca suatkabar tak semalam?'gambar muka depan!' Soalan itu walau belum jelas, aku bagai dah tersandwichkan separuh dari nyawaku sendiri! bagai benar belaka telahanku! tapi aku takut nak menerimanya.... 'a..ada! naper R?' ......."kaaaak!!!! itu Aaliyah!!!!!' suara tangisan memesah dihujung talian.

Aku bagai dirasuk dan telah hilang aqal, meraung semahu2nya,
aku meraung2 sambil memanggil nama Aaliyah...Aaliyah yg aku rindukan, Aaliyah yg pernah ku mandikan ,ku bersihkan kencing beraknya, ku suapkan susu dan nasinya, ku dodoikan dan ku bermain2 sorok2 disebalik langsir hingga dia ketawa hilang suara. Aaliyah yg tersenyum bila ku pakaikan baju dan topi barunya,Aaliyah yg tak pernah hilang dari hidupku selagi hayatku masih bernyawa!! Hingga saat ini airmataku masih tak henti2 mengalir, duka dan kesalku ini ku catitkan dlm lebat hujan di luar dan di dalam jiwaku ini...malangnya nasibmu sayang, kalau lah...kalau lah..ah, aku tak akan memaafkan diriku ini utk selama2nya. Ya, keenggananku menerimamu menyumbang terhadap segala penyiksaan yg kau lalui hingga membawa kpd ajalmu. Kenapa aku sebegini kejam tak punya perikemanusiaan ya Allah....

Sebenarnya tiga minggu yg lalu
R ada hubungi ku memberitahu yg E ada memintanya utk menjagakan Aaliyah tp sehingga lah sekarang tidak juga dihantar...R beritahuku yg E menyatakan dirinya sudah berubah, sudah menutup aurat, aku hanya memanjatkan kesyukuran kpd Illahi, sehinggalah ku terima berita pahit ini tadi.... Aku cuba hubungi no E yg diberi oleh R, sebelum ini pun sejak Ramadhan yg lalu panggilanku tidak pernah dijawab oleh E, aku hanya mendoakannya dari jauh semoga dia diberi perlindungan Allah dan mendapat hidayahNya. E juga tidak pernah menghubungiku wlp pada hari raya namun aku tidak pula bersangka buruk terhadapnya...mungkin dia sudah temui jln hidup yg baru yg lebih baik...
Panggilan ku td dijawab oleh polis wanita, dia minta aku hubungi semula jam 3.30 ptg, namun ternyata selepas itu panggilanku tidak bersambung lagi....sebelum ini R dpt bercakap dgn E, dan
Aa katanya telah selamat disemadikan, aku akan cuba menjejaki dimana tempat persemadian itu...R memberitahuku mungkin E sdg teruk menjalani soal siasat di dlm...aku benar2 tak berdaya lagi utk wanita malang yg bernama E ini....

Anak2ku menangis bila mendpt tahu gambar yg disaksikan semalam adalah Aaliyah, tp mereka memujukku dan diri mereka sendiri dgn menyatakan :
TAK MENGAPA MAMA...AALIYAH SEKARANG SEDANG TERSENYUM DI DALAM SYURGA...
Aku mengesat2 airmata yg tak mahu henti2 mengalir
. ya, mudah2an ya sayang, bersemadilah Aaliyah dgn tenang dan aman, tinggalkan segala deritamu di dunia fana ini. Kami sayangkan Aaliyah. Suatu hari nanti kami pun akan turut jejak Aaliyah, moga Aaliyah sudi memaafkan kami.....


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Al Fatihah.. semoga roh nye di tempat kan di kalangan org2 yg beriman ..


BERSEMADILAH AALIYAH AIMAN KU DGN AMAN DAN TENANG...
**Aku tak marah kalau kalian menyimpan rasa marah sama terhadapku, ya....aku mmg bersalah wlp apa yg terjadi adalah telah ditentukan olehNya.

13 September 2009

BanGGaNya Ibu

haahhahaha.. gelak besar ibu.. mana taknya.. penyertaan Last Minute Membuahkan hasil.. Jeng jeng.. Ibu menang Contest Ibu Ratu Hati Ku... wakakkaa.. tak sabar nak tunggu Hadiah from Sri Lanka.. ihisss

10 September 2009

Contest Ibu Ratu Hati KU..

ni gambar Jue ngan Arwah mak.. masa gambar ni jue umur dalam 16 tahun kot.. tak ingat la.. lama dah gambar ni.. ni jek la gambo mak nga jue yang ada..miss u mak. moga ruh mu di cucuri rahmat..

Ibu DAn Qaira..

Contest Aksi Kelakar

Iklan Kuali
Hantu Jebon Kelaparan

hahhaa.. aku saja jek join contest si anis nyer website.. Join suka suka.. ni gambo yang aku nak hanto kat website anis..




uwarghhhhhh.. Ngantuk NYer.. huuh

CikGU bedah Stail


24 August 2009

Lai ila ha ill lallah

lamanya dah tak menulis kat blog ni.. bz banyak dah biasanya ialah malas.. Qaira pun dah besar dan mulut pun dah meriah.. ni video terbaru Qaira.. tersentuh dan terkujat seketika masa mula mula dengar qaira sebut.. Ya Allah.. dah bijak anak aku.. agaknya itu kerana ibu dan Ayah sering pasangkan lagu lagau zikir kat Qaira. dan kalau buaikan Qaira pun.. zikir adalah nyanyian utama ibu untuk tidor kan Qaira.. meh meh tgk ...
video

15 June 2009

Hari Konvo Acu Ija

Si Kenit yang tak reti duk diam .. penat ibu layan.. asyik nak berjalan jek.. 

29/5/2009, Kitaorang gi Konvo Acu Ija kat UITM Shah Alam..Pergh.. hari tu panas gilak.. dan ramai orang Gilak.. kita tak dapat masuk tgk Acu kat dalam Dewan Sri Budiman, kita tgk kat TV jek.. hehhe.. so leh la tgk Acu amik Ijazah. meh meh.. layan gambar masa tu..Pastu.. yang sedihnya.. lepas balik Konvo Acu, Qaira pun demam..... 

Acu dan Qaira

nanti Qaira besar.. nak pakai cam ni jugak... 

Ibu dan Acu.. dulu ibu pun konvo kat sini gak.. 2 kali  ibu Konvo kat sini.. tunggulah.. ibu akan konvo kat sini lagi.... 

Ibu, Qaira, Achik Ila, Acu dan Atuk.. Ayah?? tengah tangkap gambar kita lah.. heheh

Berkelah di Sungai Congkak, Hulu Langat

3 Dara Pingitan.. hehhee 

Perrghhh.. salam semua.. lamanya tak update blog Qaira ni.. Alasannya ialah bz dan kemalasan untuk menulis dan mengupdated, hehehe.. atas alasan tersebut, maka blog ini jadi bersawang.. hampir 2 bulan.

Oklah.. ni gambar gambar masa kami semua pergi mandi manda di Sungai Congkak pada 26/4/2009.Boring tak der nak wat apa ari tu.. Mandi manda la kami. Ibu, Ayah, Mak Lang, Fahim, Achik Ila, Acu Ija dan Qaira.. layan jek.. Gambar menceritakan segalanya..


mula mula nak masuk dalam pelampung Duck ni.. punya la takut.. nangis nangis, dah masuk.. tak mo kuar lak dia..


Perghh.. Boss.. siap nguap lagi tu..

mana satu itik.. mana satu Qaira?? cuba teka.. hehhe 

Cepat!! cepat!! cepat!!! mari berenang ke tepian.. sejuk dah ni..

19 April 2009

Aksi si Qaira


Cat WOman.. hwakkaka..
Ahli SIhir


CikGU BedaH.. hwakaka

HeppY BesDay Qistina!!

Besday Girl Yang mUka mAsam.. huhuh... payah nak tgk dia senyum...



Selamat Hari jadi Yang Pertama buat Qistina.. hari ini, kita sekeluarga,.. gi Nilai..umah nenek Qistina.. Qistina sambut hari jadi.

16 April 2009

Gambo Lagi..




Aksi SI Qaira.. di Tasik.. Depan Umah..



Body Builder.. Ayah dan Qaira.. hwakakakka


Penternak Berjaya!!!

hahha.. kambing dan Qaira.. Qaira. bukan reti takut.. kambing yang takut ngan Qaira.. bukan Qaira takut kambing.. lex jek dia pegang kambing tu..

Qaira 1 tahun 3 bulan

Inilah muka anak kesayangan Ibu dan Ayah.. Umur dah 1 tahun 3 bulan.. suka sangat sebut.. lampu... kapal terbang.. (huhu tapi hanya ibu ngah ayah yang paham bila dia sebut kapa terbang), pastu.. bila malam.. jalan mesti tgk langit.. nak tgk bulan.. dia akan wawaawa.. ( sambail tepuk mulut dia.. dan mengelurkan suara..wawawaa).. pas tu.. tunjuk langit.. dia akan kata.. tu bulan.. ( huhuh dalam bahasa jerman... tapi boleh la paham.. ahaksss...
Ni gambar dalam kebun Getah.. hwakkaka.. besa la .. Si Qaira ni.. kami bawak jek dia ke kebun..NI muka orang majuk.. penat.. sebab ibu tak mo dukung dia.. Qaira dah penat..

16 March 2009

Qaira@Melaka




sempat amik gambo kat dataran Pahlawan jek.. lepas tu tak ingat lak nak amik gambar.. sebab dah pergi Melaka banyak kali.. so tak der la excited sangat nak amik gambar.. huhu


Ini percutian gi Melaka pada Bulan Februari ari tu.. gi pun dah Petang.. so tak der apa yang dibuat pun.. saja saja jalan jalan habiskan minyak.. huhuhu

Qaira n ZOo negara






layanzzz jek la... huhuu gambar Qaira gi Zoo Negara..





Pemandu F1


























Qaira dan Kambing nya

mari -mari berjalan dalam hutan.. huhuh.. nak gi mana tu dik?? gi kandang kambing yerraiyook.. nak naik kandang tu.. dia sanggup panjat tangga kandang..

Dua orang budak kecik yang sibuk kacau makanan kambing..


Pak Su Mamal.. Penternak Kambing yang berjaya..

orang kasik kambing makan.. di Qaira dan QIstina buang makanan kambing tu kat bawah

mana kambing?? mana Qaira ni....


Posing maut di depan kandang kambing

Bakal Penternak yang berjaya.. nak tambat kambing ke dik ngan tali tu..

Wat apa sebenarnya tu dik????? bersungguh sungguh pegang tali tu nampaknya..


Qaira dan Kambingnya.. bukan reti takut.. kambing takut Qiara.. bukan Qiara yang takut kat kambing..











layan jek laa



kuda ku lari.. gagah berani.. ayuh lari... yehaaaaaaaaaaaa.. laju laju laa. kuda wehh.. lambat sangat..

wat per tu dik??? chating ka!!

ni dia.. budak comel yang sungguh bijak.. dia leh naik dan turun sendiri papan gelunsur tu.

inilah cara turun dari papan gelungsur yang betul. ihikss

abang ni sibuk la.. orang nak masuk dulu dalam terowong tu.. hehhee

dah penat dah.. jom.. balik.. kita balik naik kuda.. yehaaaaaaaaa..